Monday, May 25, 2009

Taif 3 ..Masjid di Taif..

episod seterusnya di Taif adalah lawatan ke masjid-masjid..


ini adalah Masjid Qoa, antara masjid tertua di Saudi, di katakan pernah Rasullallah dilontar batu ketika solat di masjid ini sehingga patah gigi nyer..

ini menara nyer.. terrer gak org zaman dulu buat ek? masih tegap berdiri..
laluan ke menara nyer.. thn kayu2 nih ye walau dah 1400thn agak nyer..

ruang dlm nyer.. sempat la solat disini.. syahdu pulak rasa.. actually masjid ni dilarang masuk tapi meandangkan aku pi dgn org saudi jadi "ma musykila"..


1km jaraknyer, ada satu lg masjid tua yg hampir sama dgn diatas. dikatakan di kawasan sinilah Rasullallah SAW didatangi oleh ma;aikat.. skarang ditutup & sudah dibakar oleh kerajaan saudi kerana dikatakan di salah guna oleh pelawat2 especially dr india sperti menangis, mengutip batu lah, dll..


masjid Addas RA, dikatakan Rasullallah SAW berehat juga disini setelah di serang lontaran2 batu..






masjid di Banu Sa'ad, diperkampungan di mana Rasullallah SAW pernah dibesarkan..

masjid besar bndar Taif, lupa namanyer.. di parking lot inilah tempat diadakan Qisas.. huhu.. tempat melaksanakan hudud seperti dipancung kepala.. malangnyer masa kitorang dtg nih, xde pulak.. insyaallah next time.. tapi aku taknak tgk dkat2 la.. takut.. member arab aku ckap kepala tercabut then darah memancut.. huhu.. takott..

terakhir skali antara masjid penting iaitu masjid Abdullah bin Abbas

siapa Abdullah bin Abbas? bacalah nih.. aku copy paste jek..

KEMUNCULAN Abdullah bin Abbas bak membawa bersama pancaran sinar Islam yang disebarkan Nabi saw di tengah-tengah masyarakat Arab jahiliah.
Rasulullah amat menyintai keluarga al-Abbas dan menyifatkan kedudukan pamannya dalam keadaan istimewa antara paman-paman baginda. Kecintaannya kepada Abdullah bin Abbas begitu mendalam.
Diriwayatkan bahawa ketika masih kanak-kanak lagi, Ibnu Abbas memasuki rumah Rasulullah. Baginda sedang bersama seorang yang belum dikenalinya. Abdullah gementar melihatnya lalu segera pulang dan melaporkan apa yang dilihatnya kepada ayahnya.
'Wahai anakku, engkau sebenarnya telah melihat Jibrail yang kebetulan sedang menemui Rasul,' jawab al-Abbas setelah mendengarnya.
Umum mengetahui Abdullah bin Abbas adalah seorang perawi hadis sejak ubun-ubunnya masih lembik. Beliau juga dikenali sebagai ahli tafsir (mufassir) dan hafiz (penghafal Al-Quran).
Ketika Nabi saw wafat, Abdullah baru berusia 13 atau 15 tahun tetapi dikatakan telah baligh.
Setelah wafat Nabi saw, Abdullah muncul sebagai seorang pemuda yang berjaya mencapai kedudukan terkemuka. Hati dan mindanya terbuka dan berkembang.
Beliau mengumpulkan beribu-ribu hadis Nabi saw, memahami Al-Quran sedalam-dalamnya di samping memberi fatwa mengenai pelbagai hukum agama.
Beliau malah pernah menduduki jawatan qadi dalam upaya menyelesaikan sesuatu hukum kepada orang-orang yang bersangkutan.
Abdullah tergolong dalam golongan tokoh ternama dan penting seperti Umar Ibnul Khattab, Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas'ud, Zaid bin Thabit dan Abdullah bin Umar.
Semasa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq wafat, jawatan khalifah pindah kepada Umar Ibnul Khattab. Ketika itu Abdullah bin Abbas telah memiliki pencapaian ilmu yang tinggi. Ramai anggota masyarakat mendatanginya demi menimba ilmu.
Seperti Rasulullah, Khalifah Umar juga amat menyintai Abdullah bin Abbas. Mereka saling bermusyawarah dengan para sahabat dan para bijak pandai agama.
Khalifah Umar pernah menyatakan: 'Ibnu Abbas seorang pemuda yang telah matang ilmunya, berlidah amat bernilai dan berhati bersih.'
Sebaik-baik tafsir Al-Quran, ulas Khalifah Umar, adalah daripada Ibnu Abbas.
Mengenai fatwanya, Khalifah Umar berkata: 'Tiada fatwa yang pernah kudengar lebih baik daripada fatwa Ibnu Abbas.'
Ibnu Abbas amat menghormati Khalifah Umar dan mengagumi kewibawaannya memimpin negara.
Setelah Khalifah Umar wafat, Ibnu Abbas menerima layanan yang sejajar di zaman Khalifah Uthman Ibnu Affan. Khidmat baktinya sedikit pun tidak berkurang dalam apa juga bidang sebelumnya, termasuk berjuang di medan perang.
Apabila meragui sesuatu masalah agama, ramai sahabat biasanya berpegang kepada perkataan dan pendapat Ibnu Abbas.
Ibnu Abbas dikhatan Rasulullah. Tahap kesayangan Baginda kepadanya tidak berbelah bagi - sama seperti yang diberikan Rasulullah dan Khalifah Umar sebelumnya. Namun Ibnu Abbas tidak segan-segan menegur andai terdapat sesuatu yang dipandangnya kurang tepat dalam pemerintahan Khalifah Uthman.
Ibnu Abbas amat terharu mendengar berita pembunuhan Khalifah Uthman. Namun, menimbang beliau mempunyai hubungan kerabat yang rapat dengan Saidina Ali bin Abi Thalib, beliau terpaksa memihak kepada Sayidina Ali ketika timbul sesuatu ketegangan.
Ibnu Abbas bertindak sebagai orang tengah antara suku Bani Hasyim dan suku Bani Umaiyah yang menuntut bela atas pembunuhan Khalifah Uthman.
Ibnu Abbas seorang berkulit putih kekuning-kuningan, berbadan sasa dan tinggi. Sikapnya sentiasa tenang dan wajahnya sering berseri.
Beliau berbudi pekerti dan berakhlak mulia dan tinggi serta tegas segala tindakannya.
Di akhir hayatnya, beliau mengidap penyakit mata sehingga buta. Tahun Hijrah 68 merupakan tahun wafatnya bersamaan dengan wafatnya Khalifah Abdul Malik Ibnu Marwan.
Allah telah mengabulkan doanya supaya keturunannya (Dinasti Abbasiyah) mencurahkan bakti kepada agama hingga berjaya memimpin Dunia Islam tidak kurang daripada 600 tahun.

4 comments:

Ummi Wafa (UW) said...

salam bro
lepas ni bleh laa bw kami sekeluarga jalan2 kat thaif plak, teruja bila tgk gambar2 kat thaif tuu...

zikhan said...

insyaallah.. psl baru nih pun pegi dgn bebudak bujang, pasni nak pi dgn family pulak..

Anonymous said...

tak ade pic tmpt2 shopping ke?alang2 ke sana nk gak shopping skit2,maklum ler aku ni wanita sejati gitu,he2..

muor76 said...

cantik... aku suke tengok gambor mesjid-mesjid tu